Roshita Pelajar Cemerlang KIST

Sumber berita : KOSMO Online

NEGARA

Roshita pelajar cemerlang KIST


ROSHITA (tengah) menunjukkan anugerah yang diterimanya kepada kedua-dua ibu bapanya, Remli Ahmad (kanan) dan Siti Faridah Sabu di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA TERENGGANU - Roshita Remli, 21, berjaya membuktikan karier sebagai pembantu perubatan yang kebiasaan didominasi kaum lelaki juga sesuai untuk perempuan.

Malah, lebih membanggakan dia berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di dalam bidang itu dengan memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.68.

Berikutan keputusan cemerlang itu telah melayakkannya menerima Anugerah Khas Presiden pada majlis konvokesyen kedua Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di sini semalam.

Pada majlis konvokesyen yang diadakan di Taman Tamadun Islam dekat sini, seramai 568 graduan menerima diploma dan anugerah yang disampaikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

Antara graduan yang menerima diploma masing-masing pada majlis tersebut ialah graduan Diploma Kejururawatan, Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Diagnostik Radiografi, Diploma Psikologi dan Diploma Syariah.

Roshita adalah salah seorang daripada 66 graduan Diploma Pembantu Perubatan dan dia pernah mendapat tawaran untuk menjadi guru namun ditolak kerana minatnya dalam bidang perubatan.



www.kist.edu.my