Syabas dan tahniah di atas kejayaan pegawai-pegawai KIST menghasilkan laman web ini sebagai satu jambatan era baru kegemilangan KIST. Sememangnya penghasilan sebuah agenda bermotif seperti ini adalah penting dalam sesebuah badan organisasi kerana ini dapat mengambarkan wajah sebenar kemantapan dan keberkesanan perancangan yang dijalankan.
Sebagai sebuah IPTS yang sedang membangun dalam era globalisasi ini, adalah amat penting dicipta dan dilaksanakan satu sIstem pengurusan terunggul dan terbaik bagi menghadapi pelbagai fenomena baru yang dijangka timbul sebagai satu tunas cabaran baru Institusi Pengajian Tinggi. Kegigihan dan niat yang suci dapat membantu memupuk satu mutu kerja yang dinamik disamping menghasilkan output kerja yang berpotensi tinggi.
Para pelajar dituntut melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam usaha melahirkan generasi berilmu yang bijaksana dan berdaya saing. Pada zaman yang mementingkan ilmu pengetahuan, kombinasi yang mantap antara pengetahuan, kemahiran dan kepakaran sangat diperlukan.
Sesungguhnya kecemerlangan sesuatu bangsa dan kaum memerlukan banyak pengorbanan yang tidak mengenal erti putus asa bagi melangsaikan hutang generasi akan datang. Melahirkan masyarakat yang kreatif dan kritis adalah tanggungjawab bersama dan KIST yang sedang aktif ke arah usaha itu yakin dan optimis dengan kepercayaan yang diberikan masyarakat sekarang sebagai sebuah IPTS yang berjaya mampu memikul tanggungjawab bersama.
Sekian dan salam takzim.
“Keunggulan, Kecemerlangan & Kegemilangan”
ZAIDI BIN YUSOF @ JUSOH
Ketua Pegawai Eksekutif /Chief Executive Officer (CEO)
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) Cawangan Terengganu