Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan
kepada para siswa KIST adalah perkhidmatan emel. Setiap siswa
KIST diberi satu akaun emel dengan ruang sebanyak 7G.
Email untuk siswa KIST boleh dicapai di
sini.
Webmail ini telah dihoskan menggunakan perkhidmatan Google Apps Education Edition.
Panduan Menggunakan Emel @ Siswa KIST edu
My
Untuk membolehkan para siswa menggunakan emel ini, sila ikuti langkah-langkah berikut.
-
Apabila berjaya, anda akan dibawa ke login
page emel anda.
.
-
Untuk masuk menggunakan login page
anda, sila gunakan maklumat-maklumat berikut:
Login Name : Nombor Matrik Pelajar KIST (Cth:N001010192)
Password : No.myKad Pelajar KIST
-
Sekiranya login name dan password
anda betul, anda seterusnya akan dibawa ke halaman emel anda.
Sekarang anda telah sedia untuk menggunakan emel anda.
-
Pada kali pertama memasuki emel siswa KIST,
anda akan dibawa ke halaman baru untuk melengkapkan proses
penerimaan emel baru anda. Anda perlu mengisi borang pada
halaman baru itu sepenuhnya. Sekiranya diminta untuk menukar
password anda, sila tukar password anda.
1. Peraturan-peraturan penggunaan e-mel seperti
berikut :-
a. Pemilikan akaun e-mel bukanlah hak mutlak seseorang. Ia adalah
kemudahan yang tertakluk kepada peraturan kolej.
b. Hendaklah menggunakan akaun e-mel yang telah didaftarkan sahaja.
c. Penghantaran fail kepilan hendaklah tidak melebihi 5MB. Kaedah
pemampatan untuk mengurangkan saiz fail adalah disarankan.
d. Pengguna hendaklah mengelakkan dari membuka e-mel daripada
sumber yang tidak dikenali.
2. Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti
yang melanggar tatacara penggunaan mel elektronik dan AUKU seperti
:-
a. Menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi
akaun e-mel kepada orang lain.
b. Menyebarluas (propagate) surat berantai (chain e-mail), iklan
atau yang seumpamanya.
c. Menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan,
perkauman, kutukan, “broadcast mail” atau “mass mail” (spamming),
fitnah atau aktiviti-aktiviti lain yang dilarang.
d. Memalsukan atau menyembunyikan identiti sebenar pengirim e-mel
(spoofing);
e. Menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah disisi undang-undang
seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah.
f. Menghantar bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerosakan atau
keselamatan komputer dan maklumat pengguna lain seperti virus,
worm, trojan horse dan trap door.
g. Menggunakan e-mel untuk tujuan komersil dan politik.
h. Menghantar maklumat peribadi orang lain tanpa kebenaran pihak
tersebut.
i. Menghantar teks, imej atau dokumen dibawah akta hak cipta tanpa
kebenaran pihak berkenaan.
j. Menggunakan e-mel kolej dengan cara yang boleh menyebabkan
gangguan atau menjejaskan kelicinan operasi rangkaian kolej. Contohnya
melanggan pada “listserv” ( list server) untuk mengelakkan kesesakkan
rangkaian.
3. KERAHSIAAN
a. Penghantaran maklumat menggunakan e-mel tidak dijamin keselamatannya.
Sehubungan dengan itu adalah tidak digalakkan menghantar data
atau maklumat sulit melalui e-mel. Jika pengguna hendak menghantar
maklumat sulit melalui e-mel, pengguna hendaklah menggunakan e-mail
encryption seperti PGP(Pretty Good Privacy), bagaimanapun teknologi
ini tidak menjamin data atau maklumat dijamin seratus peratus
selamat.
b. Pengguna dilarang sama sekali atau apa-apa keadaan sekali pun
memantau, membaca atau melayari e-mel pengguna lain, kecuali mempunyai
kebenaran berbuat demikian.
c. Kolej mempunyai hak untuk membaca kandungan e-mel pengguna
atas dasar penyiasatan oleh pihak kolej jika terdapat apa-apa
yang melibatkan perlanggaran undang-undang dan peraturan-peraturan
kolej, kerajaan atau AUKU. Kolej mempunyai hak untuk memperolehi
encryption keys daripada pengguna untuk kegunaan capaian kandungan
e-mel jika berlaku keadaan yang telah dinyatakan.
4. ETIKA PENGGUNAAN E-MAIL
a. Akaun e-mail adalah bukan hak mutlak seseorang. Ia adalah kemudahan
yang tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh kolej dan
boleh ditarik balik jika penggunaannya didapati melanggar peraturan.
b. Rahsiakan nama pengenalan dan katalaluan anda dari pengetahuan
orang lain. Pendedahan yang berlaku akan membolehkan orang lain
menyalahgunakan kemudahan ini tanpa pengetahuan anda. Pastikan
anda sentiasa menukar katalaluan untuk tujuan keselamatan (Rujuk
prosedur penggunaan Kata Nama & Kata Laluan).
Sebarang Penggunaan Emel Siswa KIST adalah
tertakluk kepada Peraturan Serta Etika Penggunaan Emel
Harap Maklum
Gunakan perkhidmatan ini sebaik mungkin.
Terima Kasih
|