Diploma Pembantu Farmasi
KP/JPS (KA 8236) 05/13 [(PA 8236) 08/11] - KIST Kampus Utama Ibnu Sina
KP/JPS (KA 10248) 07/14 [PA 10248] 08/12 - KIST Caw. Terengganu

PENGENALAN
Program latihan Diploma pembantu farmasi adalah selaras dengan kehendak perkembangan teknologi perubatan terkini yang memerlukan personel yang terlatih dan berkemahiran. Bidang farmasi telah bergerak dari menyediakan perkhidmatan kepada penjagaan farmaseutikal (pharmaceutical cares ) kepada pelaggan. Dalam merealisasikan perkhidmatan ini kumpulan pembantu farmasi mestilah mempunyai kemahiran yang tinggi dan berkesan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Untuk menjana modal insan yang berkesan satu program latihan yang berterusan hendaklah di adakan.


Kurikulum yang dibetuk berasakan kepada kecekapan untuk menghasilkan granduan yang komited secara menyeluruh kepada memberikan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan kepada masyarakat dengan selamat dan berkesan. Selaras dengan misi kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya rakyat Malaysia mendapat bekalan ubat yang baik,tepat dan selamat untuk perawatan.Latihan yang berasaskan kepada kemahiran dan skills akan membolehkan pembantu farmasi menjadi agen penyampai yang terbaik dalam bindang ini. Pembantu farmasi adalah benteng hadapan di dalam memberikan penerangan dan penggunaan ubat-ubatan yang selamat dan berkesan kepada masyarakat. Kurikulum telah di bentuk kearah melahirkan warga pembantu farmasi yang berwibawa, berkesan dan berilmu untuk menepati waswasan 2020 Malaysia sebagai Negara maju.


PERLAKSANAAN KURSUS

  • Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun atau 6 semester.
  • 3½ semester diperuntukan untuk pengajian teori dan amali.
  • 2½ semester untuk menjalani latihan pratis klinikal di hospital dan klinik kesihatan.

 

SINOPSIS:
Program ini akan melatih pelajar untuk menjadi pembantu farmasi yang berkemahiran dan berwibawa. Setelah menamatkan program ini graduan pembantu farmasi akan mampu dan berkelayakan untuk melaksanakan tugas-tugas seperti pendispensan, membaca preskripsi, menyediakan sediaan sterile dan non-sterile, sediaan nutrisi parenteral dan iv admikstur,penstoran,pelupusan ,peredkodan ubat –ubatan, memahami ubat-ubatan dalam senarai Akta Racun Berbahaya dan Racun Berjadual,tugas-tugas pembantu farmasi dan peranannya dan peranan Bahagian Farmasi dalam perundangan mengawal selia industry ubat-ubatan di Negara ini.


KERJAYA PEMBANTU FARMASI

  • Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Farmasi Satelit
  • Perkidmatan Pembungkusan Ubat-ubatan
  • Perkhidmatan Persediaan steril dan non – steril
  • Perkhidmatan Permonitoran Terapeutik ubat
  • Perkhidmatan Nutri Parentral / IV admikstur
  • Reconstitusi ubat sitotoksik.
  • Perkhidmatan Stor Farmasi
  • Pekhidmatan primer di Pejabat Kesihatan dan klinik Kesihatan
  • Perkhidmatan Penguatkuasaan Dadah ( Regulatori )
  • Memeriksa stok dan audit dalaman di Hospital dan Klinik Kesihatan
  • Menghapus kira dan melupus barang-barang dan peralatan yang tidak digunakan.
  • Pengumpulan data untuk Research dan development.

Pembatu Farmasi juga boleh melebarkan kerjayanya dalam bidang berikut:

  • Industri Pharmaseutikal
  • Petadbiran dan Latihan di Bhg.Farmasi di peringkat Negeri atau Persekutuan
  • Hospital-hospital swasta dan badan berkanun
  • SPA atau tempat pemulihan kesihatan yang ada kemudahan farmasi.
  • Pengajar di Kolej Farmasi kerajaan atau swasta.
  • Perniagaan sendiri untuk non-drug dan health food.

 

SYARAT KELAYAKAN

Terbuka Kepada Lelaki & Wanita.

Bagi Pelajar Aliran Lain
Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengan 3 Kredit dalam mana-mana mata pelajaran Temasuk
- Sains atau Matematik
- Lulus Bahasa Melayu

ATAU
Lulus Sijil Sains yang ditawarkan di KIST atau yang setaraf dengannya.

Bagi Pelajar Aliran Sains
Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengan 3 Kredit dalam mana-mana mata pelajaran serta
- Lulus salah satu mata pelajaran Sains Dan Bahasa Melayu

ATAU
Lulus Sijil Sains yang ditawarkan di KIST atau yang setaraf dengannya.

PINJAMAN

Pihak kolej membantu pelajar yang layak untuk memohon pinjaman daripada:

 

 




Jabatan @ KIST
Diploma Kejururawatan
Pembantu Perubatan
Diagnostic Radiography
Sains Senaman & Sukan
Teknologi Makmal Perubatan
Kesihatan Persekitaran
Kesihatan dan Keselamatan Pekerja
Terapi Carakerja
Pembantu Farmasi
Fisioterapi

Psikologi
Pengajian Syariah
Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan Halal
Kembali Ke Menu Profil