DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
KP/JPS(KA8237)01/13[(PA8237)03/11] -
KIST Kampus Utama Ibnu Sina
KP/JPS (KA 10249) 07/14 [PA 10249] 01/13 - KIST Caw. Terengganu

PENGENALAN

Program latihan Diploma Teknologi Makmal Perubatan merupakan satu bidang pengajian yang diwujudkan untuk menghasilkan graduan yang berkeupayaan mengendalikan ujian-ujian makmal di hospital ataupun dalam bidang penyelidikan sains kesihatan. Ujian diagnostik merupakan ujian penting yang dilakukan dihospital untuk mengenalpasti sesuatu penyakit atau mengkaji penemuan baru bahan yang boleh diaplikasikan dalam bidang kesihatan. Para pelajar diberi pengetahuan untuk mengenalpasti ujian-ujian yang spesifik bagi sesuatu penyakit dan melatih melakukan ujian tersebut di hospital pada tahun akhir pengajian.

Selain itu pelajar-pelajar dididik untuk menjadi seorang juruteknologi yang bertanggungjawab, berpengetahuan, mahir dan berkeupayaan berkhidmat di alam pekerjaan selepas penamatkan pengajian kelak.

Kurikulum yang digunakan sepanjang pengajian ini merupakan kurikulum yang telah diluluskan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

 

PERLAKSANAAN KURSUS

  • Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun atau 6 semester
  • 4 semester diperuntukan untuk pengajian teori dan amali
  • 2 semester diperuntukan untuk menjalani latihan praktikal di semua makmal hospital-hospital besar.

SYARAT KELAYAKAN

Terbuka Kepada Lelaki & Wanita.

Bagi Pelajar Aliran Lain
Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengan 3 Kredit dalam mana-mana mata pelajaran Temasuk
- Sains atau Matematik
- Lulus Bahasa Melayu

ATAU
Lulus Sijil Sains yang ditawarkan di KIST atau yang setaraf dengannya.

Bagi Pelajar Aliran Sains
Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengan 3 Kredit dalam mana-mana mata pelajaran serta
- Lulus salah satu mata pelajaran Sains Dan Bahasa Melayu

ATAU
Lulus Sijil Sains yang ditawarkan di KIST atau yang setaraf dengannya.

SERTA taraf kesihatan yang telah disahkan oleh doktor bertauliah.

 

PROSPEK KERJAYA

Setelah menamatkan pengajian, graduan mempunyai peluang kerjaya yang cerah dan boleh berkhidmat sebagai

  • Juruteknologi Makmal Perubatan di hospital kerajaan/swasta
  • Juruteknologi Makmal di universiti/kolej
  • Juruteknologi di Makmal Patologi/Diagnostik Swasta
  • Pembantu Penyelidik di universiti/ hospital universiti/ institut penyelidikan

Graduan juga berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang-bidang berkaitan di universiti tempatan dan luar negara.

 

SKOP TUGAS JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN

  • Menganalisis sampel pesakit di makmal hospital
  • Melakukan ujian makmal yang tepat ke atas sampel pesakit
  • Merekodkan dan menyimpan maklumat ujian makmal pesakit
  • Membantu pegawai penyelidik menjalankan penyelidikan terutamanya bidang kesihatan
  • Membantu para pelajar di universiti atau kolej menjalankan ujian makmal

 

PINJAMAN

Pihak kolej membantu pelajar yang layak untuk memohon pinjaman daripada:




Jabatan @ KIST
Diploma Kejururawatan
Pembantu Perubatan
Diagnostic Radiography
Sains Senaman & Sukan
Teknologi Makmal Perubatan
Kesihatan Persekitaran
Kesihatan dan Keselamatan Pekerja
Terapi Carakerja
Pembantu Farmasi
Fisioterapi

Psikologi
Pengajian Syariah
Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan Halal
Kembali Ke Menu Profil