PENGENALAN
Terapi Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapy
(OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada
pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta
faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari
dalam melakukan aktiviti kehidupan harian (activities of daily
living), produktiviti (work) dan pelbagai aktiviti riadah (leisure).
Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion
kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai
masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedik, medikal, pediatrik,
geriatrik dan psikiatrik. Ahli terapi carakarja perlu kreatif
dan inovatif dalam mengadaptasikan setiap sesuatu yang ada di
sekeliling pesakit agar boleh digunakan dan memberi manfaat bagi
membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam
kehidupan.
OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN
Mengeluarkan graduan Terapi Carakerja yang:
1. Mampu merangka, merancang dan melaksanakan program pemulihan
pesakit dan bekerjasama dengan profesional kesihatan yang lain
dengan baik.
2. Kreatif, inovatif dan optimistik di dalam menjalankan proses
pemulihan pesakit.
TEMPOH PENGAJIAN
3 tahun (6 semester)
• 3 1/4 semester pengajian teori dan amali
• 2 3/4 semester latihan praktis klinikal
SYARAT KELAYAKAN MASUK
Terbuka Kepada Lelaki & Wanita.
Bagi Pelajar Aliran Lain
Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengan 3 Kredit dalam mana-mana mata pelajaran Temasuk
- Sains atau Matematik
- Lulus Bahasa Melayu
ATAU
Lulus Sijil Sains yang ditawarkan di KIST atau yang setaraf dengannya.
Bagi Pelajar Aliran Sains
Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengan 3 Kredit dalam mana-mana mata pelajaran serta
-
Lulus salah satu mata pelajaran Sains Dan Bahasa Melayu
ATAU
Lulus Sijil Sains yang ditawarkan di KIST atau yang setaraf dengannya.
SERTA taraf kesihatan yang telah disahkan oleh doktor bertauliah.
PROSPEK KERJAYA TERAPI CARAKERJA
Pelatih yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Terapi Carakerja
mempunyai pelbagai pilihan kerjaya sama ada dalam sektor perkhidmatan
awam mahupun swasta. Antara organisasi yang memerlukan perkhidmatan
terapi carakerja adalah seperti berikut:
o Hospital-hospital, klinik-klinik dan pusat kesihatan kerajaan
dan swasta.
o Pusat Pemulihan orang kurang upaya.
o Sekolah Pendidikan Khas
o Pusat Pemulihan dalam Komuniti di seluruh Malaysia
o Pusat Rehabilitasi Badan bukan kerajaan
o Penjara
o Amalan Persendirian
PINJAMAN
Pihak kolej membantu pelajar yang layak untuk memohon pinjaman daripada:
|