
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) mempunyai logo rasminya yang tersendiri. KIST telah menggunakan logo ini semenjak KIST mula beroperasi sebagai Pusat Pengajian Tinggi Swasta di Negeri Kelantan.
Tulisan pada bahagian atas logo KIST adalah nama penuh Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST).
Palang berwarna Kuning merupakan simbol doa warga KIST semoga KIST akan terus berkembang menjadi sebuah Institut Pendidikan Tinggi yang Unggul, Cemerlang & Gemilang.
Simbol Kitab bermaksud KIST merupakan pusat kecemerlangan ilmu-ilmu sains & teknologi
Kombinasi Bulan Sabit & Kitab melambangkan KIST merupakan pusat kecemerlangan ilmu-ilmu sains & teknologi berpaksikan kecemerlangan Islam.
Tulisan "KIST" pada bahagian logo merupakan singkatan Kolej Islam Sains & Teknologi.
|