DIPLOMA RADIOTERAPI
KP/JPS (KA 9824) 07/14 [(PA 9824) 08/12] - KIST Kampus Utama Ibnu Sina

PENGENALAN

Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) akan memperkenalkan satu lagi program pengajian tahap diploma yang baru iaitu Diploma Radioterapi.
Radioterapi merupakan satu kaedah rawatan kanser menggunakan sinaran mengion seperti sinar-x dan sinar gamma. Matlamat rawatan ini adalah untuk memberikan sejumlah dos sinaran yang tepat kepada sel kanser dan pada masa yang sama, dos sinaran paling minimum dikenakan pada tisu badan sekeliling yang sihat. Oleh yang demikian satu sesi pembelajaran khusus yang merangkumi ilmu instrumentasi, penjagaan pesakit, perancangan rawatan dan teknik rawatan telah menjadi keperluan bagi merealisasikan matlamat radioterapi.
Peningkatan kes kanser di Malaysia mahupun di negara luar menyumbang kepada keperluan sebilangan ahli kesihatan yang berkemahiran tinggi dalam bidang radioterapi. Sehubungan dengan itu, pengenalan Diploma Radioterapi di KIST diharap akan mampu menampung keperluan tersebut dengan melahirkan para graduan yang mahir, berketrampilan dan kompiten.

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN

  1. Melahirkan graduan yang berpengetahuan tentang teknik radioterapi.
  2. Melahirkan graduan yang mahir mengaplikasikan perancangan rawatan dan teknik memberi rawatan (plan and deliver).
  3. Melahirkan graduan yang mempunyai soft skills bersesuaian dengan keperluan bidang pekerjaan melibatkan jagaan, sokongan dan empati terhadap pesakit kanser.
  4. Melahirkan graduan yang mempunyai tanggungjawab bagi memastikan sinaran yang dikenakan adalah selamat sepanjang masa dan mengaplikasikan teknik perlindungan sinaran terhadap pesakit, staf, orang ramai dan diri sendiri.


TEMPOH PENGAJIAN

Minimum: 6 semester selama 3 tahun.
Melibatkan sesi pembelajaran teori, demonstrasi di makmal radioterapi dan praktikal di Jabatan Radioterapi hospital-hospital terpilih.


KELAYAKAN KEMASUKAN

  • Lulus SPM/SPMV dengan memperolehi 3 Kredit dalam salah satu mata pelajaran Sains
  • Lulus Bahasa Melayu dan Matematik atau
  • Kelayakan lain yang setaraf dengannya
  • ATAU
    Lulus Sijil Sains yang ditawarkan di KIST atau yang setaraf dengannya.

PELUANG KERJAYA

  • Radiografer terapi di hospital dan pusat perubatan (kerajaan atau swasta).
  • Radiografer terapi di institutusi pengajian tinggi (awam atau swasta).
  • Pegawai jualan (application specialist) kepada syarikat pembekal mesin dan aksesori radioterapi.
  • Pegawai perlindungan sinaran

Graduan juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang-bidang berkaitan di universiti tempatan dan luar negara.

 

PINJAMAN

Pihak kolej membantu pelajar yang layak untuk memohon pinjaman daripada:



Radioterapi
Diploma Kejururawatan
Pembantu Perubatan
Diagnostic Radiography
Sains Senaman & Sukan
Teknologi Makmal Perubatan
Kesihatan Persekitaran
Kesihatan dan Keselamatan Pekerja
Terapi Carakerja
Pembantu Farmasi
Fisioterapi

Psikologi
Pengajian Syariah
Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan Halal
Kembali Ke Menu Profil