FALSAFAH

Kesepaduan berasaskan keimanan kepada Tuhan dan kepercayaan kepada nilai-nilai murni dengan ilmu-ilmu sains dan teknologi terkini yang bermanfaat bagi membentuk masyarakat yang unggul, cemerlang dan gemilang.

OBJEKTIF

  1. Memberi sokongan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dengan menambah peluang luas kepada pelajar  untuk mengikuti kursus berasaskan sains dan teknologi.
  2. Menjadi penyumbang ketamadunan serta peradaban sejagat dengan melahirkan graduan professional yang berpengetahuan, kompeten dan efektif serta warganegara yang bertanggungjawab.
  3. Menyediakan tenaga pengajar yang efisyen, inovatif dan komited serta dilengkapi dengan ilmu terkini.
  4. Menyedia dan melengkapkan graduan mukmin, berkualiti tinggi dan bersedia untuk memasuki alam pekerjaan

VISI

Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) beriltizam untuk menjadi sebuah pusat pendidikan swasta yang terulung, menggemblengkan tenaga pengajar yang profesional dan dinamis untuk membentuk ahli profesional yang cemerlang, berketrampilan dan berilmu terkini yang berpaksikan kepada Islam.

MISI

  1. Menyediakan program-program berasaskan sains dan teknologi yang merentasi kurikulum (multiple disciplinary), holistik dan berkualiti berpaksikan kepada kecemerlangan Islam dan ilmu akademik yang terkini untuk menyumbang kepada keperluan masyarakat dan pembangunan Negara.
  2. Menyedia tenaga pengajar yang berazam menjadi pemimpin yang profesional dan dinamis melalui kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan, khidmat masyarakat dan konsultansi.
  3. Mengeratkan hubungan KIST dengan masyarakat supaya kepakaran yang ada pada KIST dapat dimanfaatkan oleh masyarakat, dan KIST sentiasa mendapat sokongan dan dorongan masyarakat supaya berkembang maju dengan haluan yang mengimbangkan keperluan membina ilmu dengan tanggungjawab kepada masyarakat.